Angka Tertinggi Kes Baharu COVID-19 Harian Direkodkan di Singapura
CRI2021-09-23 11:21:56
Singapura melaporkan 1,457 kes baharu COVID-19 semalam, angka tertinggi kes harian yang direkodkan sejak pandemik melanda negara itu.
Kes positif kumulatif COVID-19 di negara itu mencatat 81,356, manakala jumlah kematian baharu merekodkan 3 semalam dan menjadikan kes kematian kumulatif meningkat kepada 68.
Kementerian Kesihatan Singapura menggesa pesakit yang hanya ada simptom ringan mendapatkan rawatan perubatan di klinik keluarga(GP) atau Pusat Jagaan Segera (UCC) bagi mengurangkan beban hospital.