Bahasa Melayu

1,012 Kes Jangkitan Baharu di Singapura

CRI2021-09-20 14:30:30

Menurut Kementerian Kesihatan Singapura(MOH), terdapat 1,012 kes jangkitan COVID-19 baharu direkodkan dengan jumlah jangkitan positif mencatat 77,804 kes di negara itu.

Menurut MOH, selain itu, terdapat 873 pesakit perlu menerima rawatan di hospital.

Dalam perkembangan lain, kemudahan penjagaan baharu akan disediakan di taman perumahan untuk menyediakan rawatan klinikal yang lebih komprehensif bagi pesakit COVID-19 yang berada dalam keadaan stabil namun berhadapan dengan risiko penyakit lain atau pesakit warga emas simptom ringan.

Katanya, kemudahan baharu tersebut akan meningkat keupayaan rawatan dan perubatan hospital di negara itu, di samping menyediakan lebih banyak sumber perubatan kepada pesakit yang memerlukan bantuan oksigen dan perlu dirawat dalam Unit Rawatan Rapi(ICU).

Close
Messenger Pinterest LinkedIn