Terowong No.8 HSR Jakarta-Bandung Siap
CRI2021-08-10 13:09:19
Terowong No.8 landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung disiapkan semalam, dan ia amat signifikan bagi penyelesaikan dan pembukaan seluruh landasan itu.Terowong No.8 yang terletak di kaunti Bandung Barat sepanjang 2,190 meter. Pembinaannya dijalankan oleh China Railway No.3 Engineering Group.Syarikat berkenaan telah mengatasi banyak kesukaran seperti keadaan geologi yang rumit, mengoptimumkan pelan pembinaan bagi memastikan pembinaan terowong dijalankan mengikut jadual dan keselamatan landasan kereta api dan lebuh raya di bawahnya terjamin.