Bahasa Melayu

Situasi Wabak di Bangkok Mereda

CRI2021-08-09 15:33:02

Naib Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Thailand, Dr. Sophon Iamsirithavorn pada Ahad lalu menyatakan, situasi pandemik COVID-19 di Bangkok menunjukkan trend kian mereda.

Menurut keputusan saringan yang dijalankan di beberapa komuniti, kadar jangkitan purata kekal di 10 peratus ke bawah selama beberapa hari. Di sampingitu, 80 peratus pesakit adalah tanpa simptom atau ringan. Kadar vaksinasi dalam golongan berusia 60 tahun ke atas mencatat 88 peratus.

Kementerian itu sedang mempergiat vaksinasi dalam golongan pesakit kronik dan wanita hamil.

Sophon menyatakan, sekiranya penduduk Bangkok dapat mematuhi langkah kuarantin seperti perintah berkurung pada waktu malam, maka penularan wabak dapat dikawal dalam masa sebulan.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn