Bahasa Melayu

Petisyen Sarjana Filipina untuk Siasat Makmal Fort Detrick

CRI2021-08-06 13:57:26

Beberapa orang sarjana Filipina mengadakan kempen petisyen dalam talian untuk mengumpulkan tandatangan yang mencukupi bagi menyeru Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjalankan penyiasatan terhadap makmal Fort Detrick AS. Pada hari yang sama, bekas pegawai penerangan Kedutaan Besar Filipina di AS pula menerbikan buku baharunya yang bertajuk “tiada vaksin mampu menangkis virus fahaman rasis” untuk menyeru jangan mempolitikkan usaha mencari asal usul COVID-19.

Salah seorang penganjur petisyen tersebut yang juga pengulas politik terkemuka di Filipina, Herman Tiu Laure menyatakan makmal Fort Detrick masih dianggap satu misteri. Setelah Fort Detrick ditutup ekoran masalah keselamatan pada Ogos 2019, “pneumonia akibat hisap rokok elektronik” yang misteri dilaporkan muncul di AS. Banyak fenomena membuktikan makmal tersebut “sangat berbahaya”.

Selain itu, banyak laporan mendedahkan koronavirus baharu sudah dikesan daripada sampel sebelum penghujung 2019 di beberapa negara. Sehubungan itu, Herman menyeru usaha mencari asal usul koronavirus baharu yang diterajui WHO perlu memperluas skala penyiasatan yang merangkumi makmal Fort Detrick.

Petisyen tandatangan ini dimulakan dari 4 Ogos lalu, dan akan diiktiraf oleh pihak pengendali portal sekiranya jumlah tandatangan yang dikumpulkan dapat melebihi 100.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn