Bahasa Melayu

Pengumuman Persidangan Menteri Luar ASEAN ke-54

CRI2021-08-05 13:01:49

Persidangan Menteri Luar ASEAN ke-54 yang dipengerusikan secara maya oleh Brunei Darussalam, negara pengerusi bergilir ASEAN pada 2 Ogos lalu, telah mengeluarkan pengumuman bersama semalam.

Menurut pengumuman tersebut, pihaknya akan berusaha melaksanakan wawasan 2025 ASEAN dan menggariskan wawasan pasca 2025 di samping mendorong wawasan berkenaan dilaksanakan selaras dengan agenda pembangunan berterusan 2030 PBB.

ASEAN mengambil berat terhadap wabak COVID-19. Oleh itu, pelbagai negara anggota berusaha untuk membendung wabak dan membaikpulih ekonomi serta melaksanakan “rangka pembaikpulihan komprehensif ASEAN”.

Selain itu, ASEAN akan terus meningkatkan penyelarasan antara sektor e-niaga dengan sektor ekonomi digital sepanjang perkembangannya, meningkatkan kerjasama dalam bidang keselamatan sumber tenaga dan transformasi sumber tenaga, mendorong pemulihan industri pelancongan dengan secepat mungkin serta mendorong pembangunan ekonomi menjadi lebih berterusan, inklusif dan fleksibel.

Pengumuman tersebut juga menegaskan ASEAN akan terus berusaha untuk menguatkuasakan “Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau” (RCEP) dengan seawal mungkin.

Pada waktu yang sama, ASEAN bersetuju terus mengintensifkan hubungan dan kerjasama dengan rakan luar ASEAN, terus memainkan peranan penting dalam mendorong keamanan, kestabilan sertan kemakmuran serantau, dan akan menjalankan penilaian komprehensif terhadap permohonan Timor Leste untuk menganggotai ASEAN.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn