Pilihan Raya Myanmar Sebelum Hujung Tahun 2023
CRI2021-08-02 12:43:12
Pilihan raya demokratik pelbagai parti politik yang bebas dan adil akan diadakan di Myanmar menjelang hujung tahun 2023, setelah persiapan berkenaan berakhir pada Ogos.
Demikian dinyatakan Pengerusi Jawatankuasa Kawalan Negara Myanmar Min Aung Hlaing ketika menyampaikan ucapan menerusi televisyen semalam.
Sudah genap setengah tahun sejak pihak tentera Myanmar mengumumkan keadaan darurat pada 1 Februari lalu. Menurut undang-undang terbabit, keadaan darurat itu boleh dilanjutkan dua tahun lagi. Persiapan bagi pilihan raya dijangka akan berakhir pada Ogos 2023, setelah berlangsung selama enam bulan.