Indonesia Umum Lanjutan Sekatan Pergerakan
CRI2021-07-26 14:13:13
Presiden Indonesia, Joko Widodo mengumumkan sekatan pergerakan yang dijadual tamat hari ini, dilanjutkan sehingga 2 Ogos memandangkan pandemik COVID-19 masih belum reda di negara itu.
Kes jangkitan harian COVID-19 di Indonesia kekal melepasi 30,000 untuk dua hari berturut-turut, apabila merekodkan 38,679 penularan baharu pada Ahad.