COVID-19: Jumlah Kes Positif Lepasi Tiga Juta di Indonesia
Menurut statistik terkini Badan Pengurusan Bencana Nasional Indonesia (BNPB) pada Khamis, sebanyak 49,509 kes positif COVID-19 dilaporkan di negara itu dalam 24 jam, menjadikan jumlah kumulatif 3,033,339. Pada masa yang sama, jumlah kes kematian baharu mencatat 1,449, sekali gus membaharui rekod dan menjadikan jumlah kematian mencatat 79,032.
Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) pada Selasa mengumumkan, perintah kawalan pergerakan yang sepatutnya berakhir pada 20 Julai akan ditangguhkan ke 25 Julai. Kawalan itu akan dilonggarkan mengikut penurunan jumlah kes harian baharu.
Selain itu, Kementeri Perundangan dan Hak Asasi Manusia Indonesia pada Rabu mengumumkan keputusan untuk menghentikan kemasukan pekerja asing ke negara itu bermula hari berkenaan.