COVID-19: Myanmar Catat 5,189 Kes Harian
cri2021-07-20 12:16:29
Myanmar merekodkan jumlah jangkitan harian tertinggi COVID-19 pada Isnin apabila sejumlah 5,189 kes positif disahkan dalam tempoh 24 jam.
Setakat ini, sebanyak 234,710 kes jangkitan telah dilaporkan di Myanmar, 5,281 daripadanya maut.
Susulan keadaan wabak yang semakin teruk, badan kesihatan awam Myanmar telah memperhebat usaha pencegahan dan kawalan wabak di samping mempergiat rawatan pesakit.
Walau bagaimanapun, kapasiti hospital terhad telah menjejaskan usaha rawatan. Kini hampir separuh pesakit positif tidak dapat diterima oleh hospital. Di samping itu, banyak pesakit terpaksa menerima rawatan di rumah masing-masing, dan ini turut menyebabkan keluarga mereka terjangkit.