Laos Umum Lanjutan Sekatan Pergerakan
CRI2021-07-05 12:06:59
Kerajaan Laos pada Ahad mengumumkan sekatan pergerakan dilanjutkan untuk tempoh 15 hari lagi sehingga 19 Julai, susulan gelombang baharu virus COVID-19 dikesan di negara jiran serta penularan varian Delta makin mengganas.
Sejak 21 April, Laos melaksanakan arahan perdana menteri mengenai langkah kawalan dan pencegahan wabak, tatkala negara itu bergelut dengan peningkatan kes harian.
Lanjutan ini dibuat kali kelima bagi melaksanakan sekatan pergerakan di Vientiane serta aktiviti urus niaga di wilayah lain.