Singapura Pendekkan Selang Masa Dua Dos Vaksin
Selang masa antara dua dos vaksin COVID-19 untuk penduduk Singapura akan dipendekkan dari enam hingga lapan minggu ke empat minggu.
Demikian diumumkan Kementerian Kesihatan Singapura semalam.
Menurut kementerian itu, proses vaksinasi berjalan lancar di negara itu. Setakat 28 Jun, Singapura telah menyelesaikan vaksinasi lebih 5.3 juta dos, antaranya kira-kira 3.3 juta penduduk telah menerima dos pertama yang menduduki 60 peratus jumlah penduduk tempatan. Selain itu, 2.1 juta orang lagi teleh melengkapkan vaksinasi dua dos.
Pada masa yang sama, antara golongan berumur 60 tahun ke atas, 76 peratus telah melengkapkan vaksinasi atau sudah membuat tempah. Sementara itu, kadar vaksinasi bagi golongan berumur 45 hingga 59 tahun, dan 40 hingga 44 tahun masing-masing mencatat 78 peratus dan 73 peratus.