KNLA Komited Patuhi Perjanjian Gencatan Senjata
CRI2021-06-10 13:08:33
Panglima Pasukan Pembebasan Kebangsaan Karen (KNLA) Myanmar, Saw Jonny menyatakan pihaknya akan mematuhi perjanjian gencatan senjata kebangsaan. Pihaknya komited berusaha untuk mewujudkan kesamarataan etnik Karen di bawah pimpinan Persekutuan Nasional Karen (KNU).
Dalam pada itu, KNLA menyokong kenyataan pemimpin KNU, Padoh Saw Mutu Say Poe pada 10 Mei, dan menuntut semua anggotanya mematuhi peraturan.
KNLA ialah satu militan entik minoriti pimpinan KNU. Ia bersama-sama tujuh militan etnik minoirit lain memeterai perjanjian gencatan senjata kebangsaan dengan kerajaan Myanmar pada tahun 2015.