Kes Positif Baharu COVID-19 di TTSH
CRI2021-04-29 12:39:31
Kementerian Kesihatan Singapura semalam menyatakan seorang jururawat warga Filipina yang bertugas di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) disahkan positif COVID-19.
Menurut keputusan saringan awal, seorang doktor dan tiga pesakit di wad sama juga disahkan positif.
Kementerian Kesihatan menyatakan, pesakit itu telah menerima dua dos vaksin dan mula menunjukkan simptom sakit tekak, batuk dan tidak bertenaga sejak 27 April.
Kementerian itu menjelaskan bahawa vaksin dapat mengurangkan kadar kebolehjangkitan dan kadar pesakit kritikal, namun masih terdapat kemungkinan penerima vaksin dijangkiti wabak itu.
Kini, wad terlibat di TTSH telah ditutup, semua kontak rapat dan individu yang pernah keluar masuk wad itu telah dikuarantin.