Bahasa Melayu

Lebih 7 Ribu Kehilangan Tempat Tinggal Akibat Konflik di Myanmar

CRI2021-04-09 12:50:13

Sebanyak lebih 7,100 orang rakyat jelata kehilangan tempat tinggal akibat konflik bersenjata antara tentera kerajaan Myanmar dengan kumpulan militan tempatan yang semakin memburuk.

Demikian kandungan laporan Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atas Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan yang diumumkan pada Rabu.

Menurut laporan itu, Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) sedang berhubung dengan rakan-rakan kongsi di sempadan Myanmar-Thailand, membincangkan kemungkinan menghulurkan bantuan kepada mangsa.

Seramai 3,848 orang Mynmar telah melintasi sempadan dan memasuki wilayah Thailand sejak 27 Mac lalu. Difahamkan, kebanyakan mereka telah kembali ke Myanmar.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn