Bahasa Melayu

Seorang Maut, Sembilan Cedera Dalam Serangan Bom Indonesia

CRI2021-03-29 13:03:45

Seorang maut dan sembilan lagi cedera dalam serangan bom berani mati yang berlaku di luar sebuah gereja Katolik di Makassar, Indonesia semalam.

Individu yang terbunuh itu disyaki suspek pengebom, kata Ketua Polis Sulawesi Selatan Irjen Pol Merdysam kepada pihak media tempatan.

Pada masa ini, mayat suspek itu telah dihantar ke hospital untuk diperiksa, manakala mereka yang cedera turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan.

Menurut maklumat Irjen Pol Merdysam pula, pengebom berani mati itu cuba memasuki gereja dengan menaiki motosikal dan meletupkan diri setelah ditolak pengawal. Pengeboman itu mencederakan beberapa orang pekerja gereja dan penganut Katolik , selain mengakibatkan pintu gereja dan beberapa kenderaan di sekitar rosak .

Setakat ini, masih belum terdapat individu atau pertubuhan mengakui bertanggungjawab serangan bom bunuh diri itu, dan pihak polis sedang menyiasat identiti pengebom yang terlibat dan motifnya.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn