Bahasa Melayu

Thailand Laksana Program Vaksinasi Ikut Jadual

CRI2021-03-22 12:27:03

Thailand sedang melaksanakan program vaksinasi COVID-19 mengikut jadual, maklum jurucakap kerajaan Anucha Burapachaisri pada Sabtu.

Dalam pada itu, vaksin kumpulan pertama yang dibeli dari China digunakan untuk kawasan berisiko tinggi terdedah kepada jangkitan serta wilayah yang sektor pelancongannya terjejas teruk susulan wabak.

Vaksin kumpulan kedua dari China telah selamat tiba di negara itu pada Sabtu lalu.

Setakat ini, tiada reaksi buruk dilaporkan daripada rakyat Thailand yang menerima suntikan vaksin buatan China.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn