Myanmar Bersedia Kerjasama dengan Masyarakat Antarabangsa
Pihak tentera Myanmar bersedia mengadakan kerjasama persahabatan dengan masyarakat antarabangsa.
Demikian dinyatakan oleh Komander Tentera Pertahanan Myanmar, Min Aung Hlaing dalam ucapan menerusi stesyen TV tentera semalam.
Ucapan beliau melibatkan pilihan raya negara itu pada November tahun yang lalu, kawalan dan pencegahan wabak, kebangkitan ekonomi, proses pendamaian domestik dan pilihan raya pasca darurat. Min Aung Hlaing berkata, Myanmar akan terus melaksanakan dasar luar, pentadbiran dan dasar ekonomi yang sedia ada, dan mengalu-alukan pelaburan asing.
Inilah kali pertama Min Aung Hlaing menyampaikan ucapan terbuka setelah mengambil alih kuasa pemerintahan negara pada 1 Feb ini.
Tunjuk perasaan dan bantahan keras tercetus di sebahagian tempat di negara itu selama berhari-hari. Pemprotes meminta membebaskan Aung San Suu Kyi.