Angka Korban Gempa Bumi Sulawesi Meningkat Kepada 56
CRI2021-01-18 12:52:20
Angka korban akibat gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter di Sulawesi Barat, Indonesia meningkat kepada 56 setakat pukul 8 malam 16 Januari lalu.
Menurut maklumat Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNPB) negara itu, lebih 201 mangsa lagi cedera parah. Usaha penyelamatan kecemasan sedang dijalankan dan jumlah kematian dan kecederaan dijangka akan meningkat.
Ibu kota Provinsi Sulawesi Barat, Mamuju dan kaunti Majene yang merupakan pusat gegaran mengalami kerosakan paling teruk.
Sementara itu, bekalan elektrik telah dipulihkan dan keadaan telekomunikasi pun diperbaiki di beberapa kawasan bencana.