Ekonomi Singapura Menguncup 5.8%
CRI2021-01-04 13:01:00
Menurut unjuran Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura (MTI) hari ini, kadar pertumbuhan ekonomi negara itu pada suku keempat tahun lalu jatuh ke 2.1% dari 9.5% pada suku ketiga. Ekonomi Singapura akan menguncup 5.8% sepanjang tahun 2020.
Ekonomi Singura terjejas serius ekoran impak pandemik Covid-19. Selepas perintah berkurung dibatalkan di negara itu pada Jun, ekonominya mula pulih secara beransur-ansur.
Antaranya, industri pembuatan meningkat 7.1% sepanjang tahun.
Di samping itu, industri pembinaan dan perkhidmatan masing-masing menguncup sebanyak 33.7% dan 7.8% sepanjang tahun.