Bahasa Melayu

Gempa Bumi Bermagnitud 6.1 Gegar Filipina

CRI2020-12-16 11:49:31

Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter menggegarkan pulau Mindanao, Filipina hari ini. Setakat ini, tiada kematian atau kerugian harta benda dilaporkan.

Menurut Institut Seismologi dan Volkanologi Filipina, gempa bumi melanda Sarangani, Mindanao pada pukul 7.22 pagi tadi pada kedalaman 54 kilometer. Gegaran susulan mungkin berlaku.

Menurut kaji selidik institut itu, kira-kira 100 hingga 150 kali gempa bumi yang boleh dirasai berlaku di negara itu setiap tahun.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn