Bahasa Melayu

Filipina Tangguh Lagi Pembatalan VFA dengan AS

CRI2020-11-12 14:35:22

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte membuat keputusan untuk menangguhkan pembatalan Perjanjian Pasukan Pelawat (VFA) dengan Amerika Syarikat (AS) selama enam bulan.

Dalam satu kenyataan oleh Menteri Luar Filipina, Locsin pada semalam memberitahu penangguhan tersebut adalah bertujuan untuk mencari jalan keluar yang saling untung, boleh diterima, lebih berkesan serta berterusan bagi kedua-dua pihak dalam mendorong pertahanan bersama-sama.

Untuk rekod, pada Februari lalu, Filipina mengumumkan akan menamatkan VFA dengan AS, namun bertindak untuk menangguhkan pembatalan perjanjian tersebut selama enam bulan sejak 1 Jun lalu.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn