Taufan Goni Badai Filipina, 10 Maut
CRI2020-11-02 15:11:18
Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan tiga lagi hilang selepas taufan Goni buat kali keempat membadai Filipina semalam.
Menurut Jabatan Meteorologi Filipina, taufan Goni bergerak menuju ke perairan Laut China Selatan petang semalam dan diramal akan bertukar kepada ribut tropika kuat dalam tempoh 24 jam.
Dalam pada itu, pelbagai tempat di Filipina dilaporkan terjejas teruk akibat bencana taufan kali ini.