Heng Swee Keat: Belum Pasti Bila Dapat Kembali Rizab Negara
Naib Perdana Menteri Singapura, Heng Swee Keat menyatakan baru-baru ini, kerajaan tidak pasti bila dapat mengembalikan wang sejumlah SGD 52 bilion (RM 158.6 bilion) dari rizab negara disebabkan pandemik Covid-19, namun kerajaan berjanji akan mengekalkan keseimbangan budget dan menilai kemungkinan mengembalikan wang rizab dalam setiap penggal.
Disebabkan impak pandemik Covid-19, Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) Singapura dijangka akan menurun 5%-7% tahun ini, manakala kadar pengangguran pada suku kedua mencipta rekod tertinggi dalam 10 tahun. Kerajaan turut mengeluarkan empat pelan budget yang bernilai SGD 100 bilion (RM 305 bilion) untuk melawan wabak dalam tempoh Februari hingga Mei lepas, antaranya 52 bilion SGD(RM 156 bilion) adalah dari rizab negara.