Bahasa Melayu

Kemajuan Hakiki Perbahasan Dokumen RCEP

CRI2020-10-15 14:55:48

Perbahasan dokumen perundangan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) mencapai kemajuan hakiki.

Telesidang peringkat menteri RCEP diadakan semalam, yang mengiktiraf kemajuan hakiki perbahasan dokumen tersebut, dan memutuskan untuk membuat persiapan bagi memuktamadkan perjanjian itu pada tahun ini.

Dipengerusikan oleh Vietnam, sidang kali ini disertai oleh menteri atau wakil dari 10 negara ASEAN, China, Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand dan Setiausaha Agung ASEAN.

RCEP ialah kawasan perdagangan bebas terbesar di dunia. Pemeteraian perjanjian itu pada tahun ini amat bermakna semasa ekonomi dunia terkena tempias teruk daripada pandemik COVID-19.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn