Kemboja Jalankan Kerjasama Padi dengan Institusi Antarabangsa
CRI2020-10-11 18:24:08
Persekutuan Padi Kemboja dan Institusi Padi Antarabangsa telah bersetuju menjalankan kerjasama dalam pengajian dan penerokaan padi supaya mendorong pembangunan industri padi di negara itu.
Data statistik menunjukkan pengeskportan padi dari Kemboja ke 69 buah negara dan kawasan dalam tempoh 9 bulan awal tahun ini telah meningkat 23% berbanding tempoh yang sama tahun lalu, dengan melebihi 480 ribu tan dan mencapai nilai USD 328 juta (RM1.36 bilion).
China merupakan pasaran pengeksportan paling besar bagi Kemboja, dengan menempati 35% keseluruhannya.