Bahasa Melayu

Singapura Hadapai Cabaran Kewangan Paling Serius

CRI2020-10-06 12:21:38

Kerajaan Singapura kini menghadapi cabaran kewangan yang paling serius berikutan impak besar akibat wabak COVID-19. Pendapatan operasi tahun fiskal ini dijangka 16% lebih rendah daripada unjuran pada awal tahun ini.

Demikian ujar Timbalan Perdana Menteri Singapura merangkap Menteri Koordinasi Dasar Ekonomi dan Menteri Kewangan, Heng Swee Keat semalam.

Menurutnya, pendapatan kerajaan akan mengekalkan keadaan meleset pada beberapa tahun akan datang. Pemulihan ekonomi negara itu bergantung kepada kaedah pelbagai negara melawan wabak COVID-19. Pihkanya telah menetapkan siri tindakan bagi memulihkan kegiatan ekonomi dan sosial pada beberapa bulan akan datang. Di samping itu, kerajaan akan terus memberikan subsidi kepada perusahaan dan individu yang terjejas oleh wabak.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn