Muhyiddin Dikuarantin di Rumah Selama 14 Hari
CRI2020-10-06 11:32:30
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam menyatakan bahawa beliau akan melakukan kuarantin di rumah selama 14 hari berikutan menghadiri mesyuarat yang disertai seorang menteri Kabinet yang disahkan positif COVID-19.
Menurutnya, beliau akan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) dan bekerja dari rumah melalui Internet.