Brunei Berhenti Pengedaran Wang Kertas 10 ribu
CRI2020-10-02 11:46:41
Menurut Autoriti Monetari Brunei, wang kertas bernilai 10 ribu dolar Brunei tidak akan dilancarkan lagi di negara itu bermula 2 November 2020 demi mengurangkan risiko jenayah kewangan, termasuk pengubahan wang haram dan pemalsuan wang kertas. Di samping itu, wang kertas itu akan ditarik balik pihak berkuasa.