Majid Pertama Dibina oleh Etnik Tibet
cri2020-01-03 10:49:38
Kali Kong ialah sebuah gunung di selatan kaunti autonomi Hui Hualong, provinsi Qinghai dan terletaknya masjid pertama yang dibina oleh penduduk etnik Tibet.
Pada tahun 1756 Masihi, Ma Laichi, tokoh Islam terkenal telah mendakwah mengenai agama Islam kepada penduduk di kawasan ini yang rata-ratanya menganut agama Buddha Tibet.
Berkat usaha beliau, sejumlah penduduk Tibet di kawasan ini menganut agama Islam dan mendirikan masjid tersebut.
Pada masa ini, penduduk etnik Tibet yang menganut agama Islam di kawasan ini masih berbahasa Tibet dan mengamalkan adat resam tradisional etnik Tibet.