Bahasa Melayu

Masjid Shenzhen Serba Moden

CRI2020-01-03 10:46:57

Shenzhen ialah sebuah metropolitan muda di selatan China yang dahulunya hanya merupakan kampung kecil dan tidak mempunyai penduduk Islam.

Seiring dengan penambahan penghijrahan umat Islam, sebuah surau telah dibina di bandar tersebut.

Pada musim luruh 2004, kerajaan memperuntukkan sejumlah RMB900 ribu (RM565 ribu) bagi menaiktaraf surau itu menjadi masjid.

Masjid baharu seluas 3,000 meter persegi dilengkapi dengan ruang sembahyang, menara azan, bilik wuduk lelaki dan perempuan serta bilik menguruskan jenazah.

Lebih menarik, dua buah menara azan didirikan dengan ciri seni bina Asia Barat.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn