Bahasa Melayu

Masjid Miancheng di Hubei, China

cri2019-12-31 17:20:14

Miancheng yang mempunyai kira-kira 7,000 umat Islam merupakan satu-satunya pekan etnik Hui di provinsi Hubei, China.

Pekan itu telah bersejarah lebih 1,500 tahun dan masjid Mianchen merupakan lambang bagi pekan tersebut.

Pada zaman dahulu, terdapat dua buah masjid di pekan itu tetapi termusnah ketika pengeboman tentera penceroboh Jepun pada tahun 1938.

Pada tahun 1955, sebuah masjid dibina semula di tapak masjid lama dengan mempunyai ciri seni bina Arab.

Masjid itu terdiri daripada tiga bahagian iaitu menara melihat bulan, ruang sembahyang dan bilik mengambil air wuduk.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn