Dokumentari Masjid Kuno Taiyuan
CRI2019-01-29 15:11:12
Selepas membuat penggambaran di beberapa lokasi di Shanxi, kru dari Malaysia turut tidak melepaskan peluang untuk ke Masjid Kuno Taiyuan.
Kawasan masjid yang seluas 2,800 meter persegi dibina pada zaman Dinasti Tang (618-907) itu merupakan masjid yang terkenal di utara China.
Seni bina bangunan masjid itu adalah hasil gabungan seni bina tradisional China dan Arab.
Di dalam masjid itu juga terdapat sejumlah papan dan batu bertulis yang dihasilkan oleh tokoh yang tersohor termasuk titah dari maharaja terdahulu.