Bahasa Melayu

Masjid Jingjue di Nanjing

CRI2018-09-28 16:32:14

Masjid Jingjue yang dibina pada tahun 1,388 merupakan masjid yang tertua dan terbesar di bandar Nanjing provinsi Jiangsu, China. Kawasan masjid seluas empat ribu meter persegi itu disenaraikan sebagai peninggalan sejarah penting peringkat provinsi.

Masjid itu pernah terbakar pada tahun 1,430. Laksamana Cheng Ho yang sedang membuat persiapan bagi membawa konvoinya kali ke-7 untuk belayar ke Asia Tenggara meminta bantuan maharaja. Maharaja kemudiannya menggunakan wang negara untuk membina semula masjid itu.

Kira-kira 500 orang solat berjemaah pada setiap hari Jumaat. Ketika hari kebesaran Islam, kira-kira lima ribu orang umat Islam datang ke masjid itu untuk solat berjemaah.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn