Masjid Xiangfang Utamakan Perkhidmatan Kebudayaan Awam
CRI2018-08-09 17:16:09
Masjid Xiangfang di Harbin provinsi Heilongjiang, China sudah berusia lebih 110 tahun dan boleh menampung lebih seribu orang umat Islam solat pada satu masa. Ketika hari Jumaat, kira-kira 400 orang umat Islam beribadat di masjid itu.
Masjid Xiangfang memberikan perhatian yang tinggi tentang pembinaan kemudahan kebudayaan awam dan menjayakan bidang itu melalui tiga kaedah iaitu kursus, perpustakaan dan pertukaran kebudayaan.
Tiga perpustakaan yang mempunyai simpanan lebih 20 ribu jilid buku tentang agama telah dibuka kepada awam. Masjid ini menjadi masjid yang mempunyai buku paling banyak dalam masjid-masjid yang besarnya hampir sama di China.