Umat Islam Guangxi Sambut Hari Raya Aidiladha
CRI2021-07-20 17:37:35
Umat Islam di Guilin, wilayah Autonomi Zhuang Guangxi menyambut hari raya Aidiladha dalam suasana yang meriah hari ini.
Menurut tradisi, masjid Chongshan menyediakan bihun kepada umat Islam yang datang berjemaah sejak awal pagi.
Orang yang memasuki masjid perlu diperika suhu badan dan mengimbas kod kesihatan, sebagai langkah mencegah penularan pandemik COVID-19.
Setelah menikmati bihun yang sedap, umat Islam menunaikan solat secara jemaah diketuai imam.
Menurut statistik terkini, terdapat kira-kira 20 ribu umat Islam di bandar Guilin. Kebanyakan mereka tinggal di daerah Xiangshan, di mana terdapat masjid Chongshan.