Institut Al-Quran Xinjiang
Institut Al-Quran Xinjiang yang dibina pada tahun 1987 terletak di banda Urumqi, wilayah Xinjiang.
Pada tahun 2017, Kawasan baharu siap dibina dan mula digunakan di institut ini.
Pada masa ini, institut ini menawarkan kursus sarjana muda selama lima tahun serta kursus untuk imam dan ulama yang bertugas di masjid.
Pengarah kehormat institut, Muhtaram Sharif menyatakan bahawa kampus baharu seluas 10 hektar. Bangunan-bangunan seluas lebih 50 ribu meter persegi yang terdiri daripada masjid, gedung kuliah, asrama, gelanggang sukan, perpustakaan, kantin dan sebagainya.
Kurikulum yang disediakan termasuk al-Quran, Figah, musabaqah, tafsir al-Quran, bahasa Arab, bahasa Uygur moden, bahasa kebangsaan, undang-undang, sukan, sains dan teknologi dan sebagainya.
Wartawan dari Kumpulan Media China (CMG) telah membuat kunjungan ke istitut tersebut baru-baru ini.
Ruang sembahyang di surau institut ini boleh menampung 1,200 orang bersolat pada satu-satu masa.