Bahasa Melayu

Topi Tradisional Etnik Uygur

CRI2018-03-03 14:35:43

Topi tradisional etnik Uygur yang unik juga disebut sebagai "topi Gaba". Ia merupakan hiasan yang penting bagi etnik itu. Pada zaman Dinasti Tang (618-907 Masihi), ramai penduduk lelaki di bahagian barat China memakai topi yang bentuknya unik. Pada zaman Dinasti Ming (1368-1644), penduduk etnik Uygur di kawasan Xinjiang di barat laut China suka memakai topi sulam berwarna-warni dengan pengaruh budaya negara-negara Arab dan Asia Tengah.

Terdapat pelbagai jenis topi Gaba. Orang etnik Uygur memilih corak topi mengikuti usia, jantina, kesukaan dan kelaziman. Topi untuk wanita atau pemuda biasanya warnanya lebih terang.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn