Bahasa Melayu

Kaunti Xiji, Kaunti Terakhir Keluar dari Belenggu Kemiskinan

CRI2020-11-17 11:23:42

Kerajaan Wilayah Autonomi Hui Ningxia China mengesahkan secara rasmi bahawa kaunti Xiji berjaya keluar dari belenggu kemiskinan petang semalam.

Setakat ini, kesemua sembilan kaunti miskin di Ningxia berjaya mengatasi kemiskinan, sekali gus menandakan wilayah itu telah menyelesaikan masalah tersebut serta meletakkan asas yang baik untuk membina masyarakat makmur sederhana.

Untuk rekod, indikator yang digunakan untuk mengesahkan kaunti itu berjaya mengatasi kemiskinan adalah termasuk menerusi kadar kemiskinan penduduk, kadar iktiraf penduduk serta pelbagai prasarana dan perkhidmatan awam.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn