Bengkel Pembuatan Pakaian Etnik Salar di Kampung Tashapo
Tashapo, sebuah kampung yang mempunyai sejarah lebih seratus tahun terletak di timur Kuanti Autonomi Salar Xunhua, provinsi Qinghai di barat laut China.
“Tashapo” yang juga dipanggil “Ahexili” oleh penduduk tempatan yang membawa erti “tempat kayu”(木头之地) dalam bahasa etnik Salar. Kini, terdapat kira-kira 490 orang dari 125 keluarga tinggal dalam kampung ini.
Pak cik Ma Jianxin, pewaris Teknik pembuatan pakaian tradisional etnik Salar di kampung Tashapo, kaunti Xunhua, provinsi Qinghai.
Pak cik Ma Jianxin, etnik Salar, penduduk kampung Tashapo telah mengubahsuaikan rumah lama beliau menjadi sebuah bengkel pembuatan pakaian tradisional etnik Salar.
Di bengkel tersebut, golongan muda etnik Salar boleh membelajari teknik menjahit dan menyulam untuk membuat pakaian tradisional Salar.
Sementara itu, rumah lama beliau juga seumpama sebuah muzium yang telah mempamerkan banyak barang lama yang memperlihatkan adat resam dan gaya hidup orang Salar pada masa dahulu kala.