Bahasa Melayu

Tiemenguan, Xinjiang Tingkatkan Pendidikan Sekolah Menengah

CRI2020-09-14 14:20:40

Kerajaan bandar Tiemenguan, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang telah memperuntukkan dana berjumlah RMB30 juta (RM18 juta) pada 2018 dan RMB150 juta (RM90 juta) pada 2019 untuk memperbaiki dan menaiktaraf Sekolah Menengah Pertama Tiemenguan.

Pelbagai kurikulum ditawarkan yang telah meningkatkan kualiti pendidikan wajib. Di samping itu, pelajar yang mempunyai minat dan kegemaran yang sama digalakkan menubuhkan persatuan.

Dalam sektor tenaga pengajar pula, latihan bagi guru diadakan dari semasa ke semasa supaya kemahiran dan kualiti pengajaran semakin ditingkatkan. Sementara itu, kemajuan sekolah juga menarik ramai lulusan universiti untuk menjadi guru di sini.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn