Imam Bersedekah, Bantu Kempen Atasi Wabak
CRI2020-04-09 10:53:46
Palang Merah bandar Hangzhou, China baru-baru ini menerima derma yang unik.
Ma Zhenyu, 84 tahun merupakan imam yang bersara dari Masjid Fenghuang yang amat tersohor, mendermakan wang pencennya sebanyak RMB10,000 (RM5,880) bagi kempen mengatasi wabak COVID-19.
Dalam kerjayanya selama puluhan tahun, beliau sangat mentaati agama, cintakan negara dan sentiasa memandang tinggi terhadap perpaduan bangsa.
Menurut rekod-rekod terdahulu, beliau juga kerap membuat amal kebajikan untuk masyarakat dan sememangnya sesuai dijadikan teladan bagi imam generasi muda.