Tauke Restoran Halal Turut Sama Berjuang Atasi Wabak
CRI2020-02-17 14:36:39
Mi tarik halal dari Qinghai sememangnya popular di setiap sudut di China.
Selepas penularan wabak pneumonia koronavirus baharu (NCP) baru-baru ini, tauke restoran mi tarik halal di Wuhan menyumbang mi dan susu serta air mineral kepada orang awam.
Ma Wende telah mengelola restoran mi tarik halal Qinghai di Wuhan sejak beberapa tahun dan baginya Wuhan menjadi kampung halaman keduanya.
Beliau menyumbang 30 set mi Tarik yang percuma setiap hari kepada ahli perubatan dan pesakit.
Selain itu, beliau menghantar enam orang doktor dan jururawat untuk pergi dan pulang dari kerja dengan menggunakan kereta sendiri.