Bahasa Melayu

"Youxiang", Makanan yang Unik dan Suci bagi Umat Islam China

CRI2020-01-07 10:07:28

"Youxiang" merupakan makanan tradisional bagi umat Islam di China, khususnya masyarakat etnik Hui. Makanan yang melambangkan perpaduan, persahabatan serta kebahagiaan itu merupakan makanan wajib khususnya pada hari kebesaran Islam.

Rasa "youxiang" boleh dikatakan seperti cakoi, yang turut dimasak dengan menggunakan bahan dan teknik seakan-akan sama termasuk tepung gandum, garam serta minyak. Tukang masak "youxiang" pula biasanya terdiri daripada mereka yang berusia dan berpengalaman serta tidak berhadas.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn