BERSATU Ziarahi Persatuan Islam China
CRI2019-12-26 10:21:14
Rombongan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) melawat Persatuan Islam China pada petang 18 Disember yang lalu.
Naib Presiden Persatuan Islam China, Jin Rubin ketika menerima kunjungan mereka menyingkap kembali hubungan persahabatan antara umat Islam kedua-dua negara serta memperkenalkan perkembangan agama Islam di China. Beliau berharap rombongan BERSATU dapat melawat beberapa tempat di China untuk mengetahui dan melihat masyarakat China, demi meningkatkan pertukaran dan komunikasi antara China dengan Malaysia.