Bahasa Melayu

Persatuan Islam China Dikunjungi Rombongan Afghanistan

CRI2019-12-06 10:31:58

Atas undangan Jabatan Hal-Ehwal Agama Negara, delegasi agama Afghanistan yang diketuai Menteri Haji dan Hal-Ehwal Agama melawat China pada 25 November hingga 2 Disember yang lalu. Pada pagi 27 November, delegasi yang terdiri daripada 10 orang anggota itu mengunjungi Persatuan Islam China dan disambut oleh presidennya, Yang Faming dan naib presiden, Jin Rubin.

Yang Faming memperkenalkan keadaan perkembangan agama Islam di China serta peranan persatuannya dalam bidang berkenaan.

Menurutnya, Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang dikemukakan oleh Presiden China, Xi Jinping mendapat sambutan yang baik oleh negara-negara terlibat termasuk Afghanistan. Beliau berharap pertubuhan agama kedua-dua negara dapat terus memperkasakan hubungan persahabatan dan saling bertukar-tukar pandangan.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn