Bahasa Melayu

Jururawat Uygur yang Pandai Perubatan Tradisional China

CRI2019-10-25 17:26:19

Maierhaba Abudureyimu, 34, yang dari etnik Uygur berkhidmat sebagai jururawat di bahagian akupunktur Hospital Perubatan Tradisional China Kaunti Qitai Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, China. Beliau fasih berbahasa Mandarin dan Uygur dan boleh berkomunikasi lancar dengan pesakit etnik Han dan etnik-etnik minoriti yang lain. Bekerja dalam bidang perubatan menjadi idam-idaman bagi beliau sejak kecil lagi.

Hospital itu mempunyai warga perubatan yang dari pelbagai etnik termasuk Han, Uygur, Uzbek, Kazak dan Hui. Mereka bekerja bersama-sama merawat pesakit dengan memanfaatkan perubatan

tradisional China.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn