Bakal Haji Promosi Budaya China di Mekah
CRI2019-08-05 15:51:36
Sempena musim haji di Mekah ketika ini, jemaah dari China turut mengajar bahasa Mandarin kepada kakitangan Muassasah Asia Tenggara pada masa lapang.
Ini bertujuan untuk memudahkan komunikasi antara jemaah dengan kakitangan perbadanan tersebut, di samping membantu mereka memahami budaya dan bahasa China yang semakin popular di Asia Barat termasuk Arab Saudi pada kebelakangan ini.
Selain itu, bakal haji China turut memperkenalkan kaligrafi, seni silat Wushu, seni teh dan makanan tradisional China.