Umat Islam Miskin di Beijing Terima Bantuan Ramadan
CRI2019-05-24 17:13:17
Aktiviti kebajikan membantu golongan miskin dan sayangi warga emas sempena bulan Ramadan 2019 anjuran komuniti Islam Beijing dirasmikan di Masjid Dongsi yang bersejarah lama baru-baru ini.
Presiden Persatuan Islam China serta pegawai dari pelbagai badan kerajaan telah menghadiri majlis perasmian aktiviti tersebut.
Bantuan berbentuk wang tunai dan barang keperluan untuk golongan susah dan warga emas beragama Islam telah disampaikan pada aktiviti tersebut.