Pakaian Etnik Kirgiz
CRI2018-03-28 10:03:07
Kebanyakan orang etnik Kirgiz tinggal di Xinjiang. Dulu, kaum Kirgiz ini merupakan penggembala yang berpindah mengikut pertumbuhan rumput. Jadi, pakaian mereka mempunyai ciri-ciri khas penggembala di padang rumput dan juga mempunyai keistimewaannya sendiri. Pakaian mereka dibuat daripada kulit lembu atau tekstil daripada bulu atau kulit kambing. Lelaki etnik Kirgiz biasanya memakai jubah dan wanitanya suka memakai gaun labuh. Warna merah, putih dan biru merupakan warna yang paling disukai oleh orang etnik Kirgiz